Posts

Showing posts from October, 2023

Sakit Tumit Dan Rawatan

Image
Hi Brisk Walker & Penggemar Aktiviti Berjalan semua...  Jom kita belajar sesuatu tentang tumit yang sakit bila nak berjalan. Punca Sakit Tumit Dan Rawatan  Yang Terbaik Pernah anda alami keadaan bila mana berjalan, tiba-tiba sakit tumit lalu terkehel dan terjatuh? Kalaupun situasi ini tak pernah terjadi kepada anda, pasti anda pernah terasa peritnya sakitnya. Rasa seperti tidak mahu berjalan lagi. Rasa bengkak yang membuak-buak membuatkan anda hanya ingin duduk sahaja di rumah. Baca dengan lebih lanjut untuk mengetahui rawatan yang sesuai untuk anda. Apa Itu Sakit Tumit? Sesiapa sahaja boleh mengalami sakit tumit, tanpa mengira usia muda atau tua. Tumit adalah tulang terbesar dan terpenting di antara 26 tulang yang ada di kaki. Ia berperanan menyokong berat badan dan menyerap tekanan ketika berjalan atau melompat. Kesan tekanan pada bahagian kaki adalah 1 ¼ kali ganda berat badan dan boleh meningkat sehingga 2 ¾ kali ganda jika anda berlari. Sakit tumit terjadi apabila terdapat bon