Sakit Tumit Dan Rawatan
- Get link
- X
- Other Apps
Pernah anda alami keadaan bila mana berjalan, tiba-tiba sakit tumit lalu terkehel dan terjatuh?
Kalaupun situasi ini tak pernah terjadi kepada anda, pasti anda pernah terasa peritnya sakitnya.
Rasa seperti tidak mahu berjalan lagi. Rasa bengkak yang membuak-buak membuatkan anda hanya ingin duduk sahaja di rumah.
Baca dengan lebih lanjut untuk mengetahui rawatan yang sesuai untuk anda.
Apa Itu Sakit Tumit?
Sesiapa sahaja boleh mengalami sakit tumit, tanpa mengira usia muda atau tua.
Tumit adalah tulang terbesar dan terpenting di antara 26 tulang yang ada di kaki.
Ia berperanan menyokong berat badan dan menyerap tekanan ketika berjalan atau melompat.
Kesan tekanan pada bahagian kaki adalah 1 ¼ kali ganda berat badan dan boleh meningkat sehingga 2 ¾ kali ganda jika anda berlari.
Sakit tumit terjadi apabila terdapat bonjolan tulang yang dipanggil plantar fasciitis pada tulang tumit iaitu di bahagian bawah tulang.
Bonjolan tersebut menyebabkan rasa sakit kepada seseorang terutama apabila bergerak.
Punca Sakit Tumit Terjadi
Ada pelbagai punca yang menyebabkan sakit tumit pada kaki:
1. Gemar Pakai High Heels / Calcaneal Spurs
Ramai wanita gemar memakai kasut bertumit tinggi meskipun mereka sedar akan keburukannya.
Apatah lagi jika ia dipakai dalam satu tempoh yang panjang, contohnya sepanjang waktu bekerja.
Tabiat memakai kasut bertumit tinggi bukan sahaja mendatangkan sakit tumit, bahkan ia akan memberi kesan terhadap bahagian belakang badan anda.
2. Obesiti
Tumit ‘dipaksa’ untuk bekerja keras bagi menampung badan anda apabila anda mempunyai berat badan yang berlebihan.
Jika anda gemar makanan segera, makan lewat malam dan kurang bersenam, maka sudah tiba masanya untuk anda mula mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Ini sekaligus dapat mengelakkan anda mengalami sakit tumit.
3. Sindrom Terowong Tarsal
Ada satu terowong yang berperanan menghubungkan saraf di bahagian kaki.
Namun fungsinya akan mula terjejas sekiranya wujud himpitan pada saraf di bahagian kaki dan menyebabkan kesakitan.
4. Plantar Fasciitis
Plantar fascia merupakan himpunan tisu penghubung dari bahagian tulang tumit ke bebola kaki.
Keradangan boleh berlaku apabila anda menggunakan kasut rata dan berjalan dalam tempoh yang lama, begitu juga jika anda mengenakan kasut tumit tinggi.
5. Kecederaan Pada Tumit
Contohnya wujud kecederaan pada tumit contohnya retakan tekanan dalam tulang tumit sehingga berlakunya ketegangan pada otot, tulang dan ligament di bahagian tumit.
6. Selalu Pijak Lantai Simen
Kalau menurut kata orang-orang tua, lantai simen itu sejuk dan boleh menyebabkan bisa jika anda memijaknya dalam tempoh yang lama.
Untuk mengelakkan sakit tumit, pijak lantai simen yang telah dialas dan pakai selipar.
Cara Mengatasi Sakit Tumit
Ada pelbagai kaedah dan petua untuk mengurangkan rasa sakit tumit yang dialami.
1. Buat Regangan
Sakit tumit akan perlahan-lahan berasa reda apabila anda melakukan regangan otot betis.
2.Tuam Dengan Ais
Letak ais yang dibalut dengan kain selama 20 minit di bahagian tumit kaki dan ulang langkah ini selama beberapa kali dalam sehari.
3. Hadkan Pergerakan
Kurangkan berjalan atau bergerak supaya dapat memberi rehat pada tumit anda.
4. Penggunaan Kasut
Ubah tabiat anda yang gemar memakai kasut tumit tinggi kepada kasut jenis lengkungan yang baik dan sedikit sokongan pada bahagian tumit untuk mengurangkan tekanan di pascia plantar.
5.Padding, Membalut dan Strapping
Untuk memberi kesan selesa ketika berjalan, anda boleh meletakkan pad pada kasut yang mana ia membantu menyokong dan mengurangkan tekanan pada kaki.
Rawatan Untuk Sakit Tumit
Selain dari kaedah rawatan yang anda boleh lakukan sendiri di rumah, anda juga perlu mendapatkan bantuan perubatan dan sokongan profesional jika keadaan sakit semakin berlarutan.
1. Rawatan Doktor
Untuk mengurangkan rasa sakit tumit tersebut, anda akan diberikan ubat penahan sakit dan ubat anti radang bukan steroid seperti ibuprofen dan paracetamol.
Ia bertindak melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak.
Jika keadaan semakin teruk sehingga menyukarkan anda bergerak, pembedahan mungkin menjadi satu langkah terakhir.
Dua kaedah pembedahan bagi menangani sakit lutut adalah gastrocnemius yang bertujuan memanjanhkan otot betis dan meningkatkan pergerakan pergelangan kaki.
Manakala pembedahan plantar fasciitis pula memotong ligament supaya ketegangan di kaki dapat diredakan.
2. Senaman Ringan
Lakukan beberapa senaman ringan untuk meregangkan dan meredakan tisu di bahagian tapak kaki.
Pertama:
- Berdiri di hujung bahagian anak tangga
- Pastikan tumit berada di atas angin dan tidak mencecah lantai
- Berdiri beberapa minit untuk memastikan bahagian tapak kaki meregang
Kedua:
- Gunakan botol. Letakkan kaki kaki di atas botol dan tekan. Sambil tekan sambil tolak botol itu ke depan dan belakang menggunakan kaki. Ia akan meregangkan tisu di bahagian tapak kaki.
3. Rawatan Fisioterapi
Kaedah rawatan ini amat terkenal dalam merawat mereka yang menderita masalah tulang, otot dan sendi.
Dapatkan rawatan fisioterapi untuk sakit tumit kaki anda di Physiogo, sebuah perkhidmatan rawatan yang menggunakan kaedah physio manual therapy dan rawatan elektroterapi selain senaman dan nasihat penjagaan.
Para juruterapi di Physiogo merupakan mereka yang bertauliah di dalam bidang fisioterapi, dengan menggabungkan kaedah rawatan saintifik dan mengikut kesesuaian pesakit.
Physiogo juga menyediakan rawatan ke rumah untuk keselesaan pesakit, selain mempunyai pusat rawatan sendiri.
Rawatan fisioterapi amat berkesan buat mereka yang mengalami masalah neurologi, kecederaan sukan, pediatrik, geriatrik dan juga pesakit yang telah menjalani pembedahan.
Credit to https://physiogo.com.my/punca-sakit-tumit-rawatan-terbaik/
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment